Skip to main content
  • Search
  • Home
  • Our Product
    • AIA PRS
    • AIA Corporate PRS
    • Funds
  • About APAM
    • Board Of Directors
    • Media Centre
    • Management Team
    • Investment Committee
    • Service Providers
    • Financial Position
    • AWARDS & ACHIEVEMENTS
    • Shariah Advisor
  • Help & Support
    • FAQ
    • Form Library
    • Customer Support And Extra Care
  • Important Announcements
  • PRS Online
    • PRS ONLINE NEW ENROLMENT
    • PRS ONLINE EXISTING TOP-UP
  • AIA+
    • Login to AIA+
AIA
  • Our Product

    Our Product

    Enjoy the rewards of retirement

    Retirement Funds Accumulation Calculator
    • AIA PRS

      Your worry-free and better retirement starts here.

    • AIA Corporate PRS

      Be the Employer of Choice.

    • Funds

      View and analyse your funds' performance and trends

  • About APAM

    About APAM

    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. (APAM) is the PRS provider for AIA Private Retirement Scheme which is an approved pension scheme governed by the Securities Commission Malaysia.

    • Board Of Directors

      Get to know our board directors.

    • Media Centre

      Financials, press releases and other info about AIA PAM.

    • Management Team

    • Investment Committee

    • Service Providers

    • Financial Position

    • AWARDS & ACHIEVEMENTS

    • Shariah Advisor

  • Help & Support

    Help & Support

    We strive to assist you for all your inquiries with high touch customer service.

    • FAQ

      Have a question? You may find the answer here.

    • Form Library

      Need a form? Check our form library.

    • Customer Support And Extra Care

      We are here to help you.

  • Important Announcements

    Important Announcements

    Useful information for our customers

  • PRS Online

    PRS Online

    Invest now. A potential boost to your retirement savings.

    New member or fund(s) selection

    Top up existing fund(s)

  • AIA+

    AIA+

    A single platform to enjoy a seamless and personalised health journey.

      Login to AIA+

  • Search
  • Contact Us
    • Call Us

      Open: 8:45am to 5:30pm. Mon - Fri

    • Email Us

2015
Prev | Next
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • Cabaran Warga Pesara

    Kuala Lumpur, 22 January 2015


    Golongan kelas pertengahan di negara ini, cenderung untuk menjaga kesihatan berbanding memberi keutamaan membuat persediaan pada hari tua. Perkara ini didedahkan menerusi kaji selidik dilakukan sebuah syarikat insurans AIA berkaitan 'Harapan dan Aspirasi Kelas Pertengahan Malaysia'.

    Kaji selidik dijalankan pada Julai tahun lalu itu, mendapati hanya 35 peratus responden memberi keutamaan kepada persaraan selesa, berbanding 68 peratus menyenaraikan menjaga kesihatan sebagai satu daripada matlamat utama hidup mereka. 

    Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd, Thomas Wong, berkata persaraan dianggap sebagai cabaran serius dengan 33 peratus menyatakan menikmati persaraan selesa sebagai matlamat paling sukar untuk dicapai  dalam hidup, manakala 53 peratus bimbang mereka tidak mampu untuk menabung dengan secukupnya.

     "Sebanyak 53 peratus percaya jaminan kewangan boleh dicapai dalam seumur hidup mereka, manakala 47 peratus merasakan jaminan kewangan adalah satu pencarian yang tidak  pernah berkesudahan.

    Pelbagai intrumen pelaburan

    "Bagaimanapun, bagi mencapai pelan persaraan, kelas pertengahan di Malaysia menunjukkan pelbagai instrumen pelaburan termasuk menyumbang  kepada pelan persaraan biasa iaitu sebanyak 70 peratus, melabur dalam pasaran saham (70 peratus), hartanah (61 peratus) dan akaun simpanan tetap (50 peratus)," katanya pada taklimat mengenai kebimbangan penjagaan kesihatan dan persaraan kelas pertengahan Malaysia, baru-baru ini.

    Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk Dan Pembangiman Keluarga Negara (LPPKN),  Dr Anjli Doshi-Gandhi. Kaji selidik membabitkan kira-kira 500 responden di Semenanjung Malaysia, berusia 25 tahun ke atas, dengan purata pendapatan isi rumah RM6,339 sebulan. Selain Malaysia, kajian terbabit turut merangkumi lima negara ASEAN lain mana AIA beroperasi, iaitu Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

    Wong berkata, kebanyakan individu daripada kelas menengah di negara ini, berpendapat mereka tidak mampu menyimpan wang secukupnya untuk menikmati persaraan lebih selesa dengan jumiah purata simpanan ideal persaraan sekitar RM1.9 juta (AS$583,380).

    Bagaimanapun, kajian juga mendapati lapan peratus menyatakan, 'menjadi kaya' sebagai pendorong utama hidup mereka. 

    Kata Wong, majoriti kelas pertengahan Malaysia percaya mereka memerlukan aset bernilai RM1.5 juta untuk lebih terjamin dari segi kewangan, berbanding Thailand (RM360,000), Filipina (RM864,000) dan Indonesia (RM451,000).

    Mahu hidup sempurna

    "Saya dan kebanyakan pemain industri insurans mendapati majoriti golongan itu perlu mendapatkan 10 kali ganda lebih daripada gaji purata mereka untuk menikmati pelan kewangan persaraan terbabit," katanya.

    Mengulas mengenai keluarga, Wong berkata, keluarga dan pendidikan menjadi pendorong utama bagi mereka untuk menambah baik kehidupan, terutama anak.

    "Seramai 28 peratus responden Malaysia yang ketika ini bekerja sepenuh masa mahukan peluang untuk menjadi ibu bapa 'tinggal di rumah' bagi anak-anak mereka, jumlah yang lebih tinggi berbanding pasaran ASEAN lain yang dikaji selidik (17 peratus)

    "Terdapat harapan agar generasi akan datang terus menjadi penjaga keluarga mereka. Majoriti (73 peratus) responden kelas menengah di Malaysia percaya anak harus bertanggung jawab untuk memberi bantuan kewangan kepada ibu bapa di hari tua mereka. Buat masa ini, seramai 57 peratus daripada responden kini menanggung ibu bapa mereka atau ibu bapa mentua," katanya.

    Tumpu keluarga

    Sementara itu, dalam mencari kehidupan selesa dan jaminan kewangan lebih baik, isu yang menjadi cabaran keluarga Malaysia ialah kewangan dan pada masa sama, memastikan ikatan kekeluargaan yang kukuh serta tidak menimbulkan tekanan sepanjang tempoh berkenaan.

    Dr Anjli berkata, sungguhpun pendapatan isi rumah negara ini menunjukkan peningkatan, namun gaya hidup dan keinginan menyebabkan pengurusan kewangan menjadi perkara semakin getir.

    "Keadaan bertambah rumit apabila pasangan bekerja, masa untuk keluarga dan anak semakin terbatas dan ia boleh mencetuskan masalah lain dalam keluarga. Perlu kita ketahui 58 peratus daripada wanita bekerja adalah yang memiliki keluarga. Bagi memastikan keluarga dalam keadaan harmoni, ia memerlukan perhatian dan kerjasama daripada pelbagai pihak," katanya.

    – End –

    Contact APAM

    1300-22-7771

    contact APAM

    1300-22-7771

    contact address

    Level 10, Menara AIA, 99 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

    About Us
    About APAM
    GO TO

    AIA.COM

    Visit our corporate site to learn more about AIA
    Contact Address
    Level 10, Menara AIA, 99 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
    About Us
    About APAM
    GO TO

    AIA.COM

    Visit our corporate site to learn more about AIA

    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. (Company Registration No: 201201027147 (1011637-P) Copyright © 2025, AIA Group Limited and its Subsidiaries. All rights reserved.
    Terms of Use | Privacy Statement | Code of Conduct | Anti-Fraud Policy | Disclaimer